Cara-cara memasang Windows 7 Beta
Seperti biasa, perkara pertama yang anda harus lakukan adalah memastikan PC anda dapat membaca DVD ketika ia mula-mula dihidupkan. Ini dapat dilaksanakan dengan menetapkan boot sequence yang pertama kepada CD/DVD. Setelah boot sequence telah ditetapkan, masukkan DVD Windows 7 Beta dan hidupkan komputer anda.Perhatian: Oleh kerana Windows 7 ini masih dalam peringkat Beta, masalah mungkin berlaku dalam proses pemasangan. Gunakan hard disk berasingan sekiranya anda bimbang akan keselamatan hard disk yang mempunyai dokumen-dokumen anda. Jika anda ingin meneruskan pemasangan, ikuti langkah-langkah di bawah ini:
- Skrin pertama yang keluar akan memaparkan msej “Windows is loading files…”, tunggu sehingga proses ini selesai.
- Kotak pertama, kedua, dan ketiga memaparkan pilihan bahasa, zon masa dan matawang, serta tetapan papan kekunci. Tetapkan pilihan anda dan klik Next.
- Klik pada butang “Install Now” untuk memulakan pemasangan Windows 7.
- Tandakan pada kotak “I accept license terms” dan klik Next.
- Klik pada butang Custom untuk melakukan pemasangan bersih Windows 7.
- Pilih partition manakah yang akan memuatkan Windows 7, dan klik Next.
- Proses pemasangan telah bermula. Tunggu sehingga proses pemasangan selesai.
- Setelah proses pemasangan siap, anda akan dikehendaki untuk membuat beberapa tetapan asas terhadap Windows 7 anda. Pertama sekali, masukkan nama anda dan nama bagi komputer, kemudian klik Next.
- Masukkan kata laluan bagi akaun Windows 7 anda dan klik Next.
- Masukkan nombor siri yang anda perolehi dari Microsoft sewaktu muat—turun dahulu, dan klik Next.
- Pilih pilihan bagi Windows Update. Untuk memastikan Windows 7 anda sentiasa dikemaskini, pilih “User recommended settings”
- Pilh zon masa anda dan klik Next.
- Kini Windows 7 sudah siap dipasang, dan anda sudah boleh mula menggunakannya.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar